Ramai orang cakap, kursus kenegaraan (aka BTN) ni menyusahkan, memenatkan, tak sesuai dihadiri golongan warga tua macam aku nih, dan macam-macam lagi lah. Tu tak masuk tuduhan BTN sebagai tempat brainwash lagi tuh. Macam-macam la cerita aku dengar. Tapi sebab aku ni wanita gagah perkose, maka aku ketepikan kesemua spekulasi sensasi itu. Aku dengan gegehnye jugak pergi BTN walaupun tengah 31 minggu mengandungkan anak ketigaku. Heheh..
Jadi, apa la agaknye yang aku dapat dalam BTN ni? Nak cerita satu persatu rasa macam tak cukup pulak nak masuk semua sekali dalam satu entry. Lagipun, aku rasa takyah le aku nak share dengan korang pasal setiap satu kandungan BTN. Takut nanti ada yang salah paham dan salah interpretasi. Aku ni bukan penulis tersohor, mampu menulis dengan bagusnye secara tersirat mahupun tersurat. The viability and reliability of my information cannot be validate by any party anyhow. Given this doubt, aku cuma akan fokus pada kesimpulan-kesimpulan yang aku buat berdasarkan pengalaman 5 hari 4 malamku di Kem BTN Nilai KLIA yang modelsz itu...
1. Kursus BTN adalah proses brainwash: Aku setuju aje dengan kenyataan ni. Sapa yang tak pernah kena brainwash? Semua orang terdedah dengan proses brainwash secara sedar atau tidak. Daripada mula zaman pembelajaran informal di rumah, sampai masuk skolah, sampai masuk universiti dan sampai le masuk kerja. Telah ada bentuk-bentuk brainwash yang diadaptasikan dalam hidup korang. Sebagai manusia yang mudah lupa, I yearn this process. I have to have it. I need it to remind myself of who I am and where I am now. Bagi aku, semua warganegara Malaysia yang berusia 25-35 tahun WAJIB hadir BTN sekali lagi, just to refresh their knowledge and to retake the journey of self-discovering yang amat menarik ni. Brainwash atau tak, BTN is a perfect place for us reminisce the history of our ancestors, of the history of our country and of who we really are.
2. Kursus BTN strict gile: Kalo tak nak strict pergi makan angin laa brader. Apa punya statement daa. Aku yang mengandung 31 minggu pun mampu ikut all the activities. Jangan dok mengarut. Kalau pergi Induksi pun kita kena adhere to certain set of rules. Dari segi peraturan pakaian, BTN sasaran 4 (golongan profesional 25-45 tahun) ni tak le strict sangat. Aku punya la saspen memula tu. Perut aku terlebey besar ngandung kali ni (tak nak jugak mengaku gemox tuh, chet), so nak pakai baju kurung putih memang tak dapek la. Hasilnye aku bawak semua maternity blouse kaler putih dan skirt labuh kaler gelap. Ok je. Takdak sapa pun marah aku masa BTN tu. Yang lain-lain memang pakai baju kurung la, tapi ada macam-macam fesyen jugak. Yang bestnyer, ada la sorang mamat ni punya la poyo, toye je pakai baju kemeja belang-belang kaler-kaler. Tak cukup dengan baju teknik-kaler, dia pun poyo dari segi kelakuan i.e. cara bercakap, cara pembawakan diri...haizz.. pendek kata super-poyo la semuanya! Pasal baju kaler tu, fasilitator langsung tak tegur dia untuk tukar ke baju putih. Alih-alih hari ke-2 kursus, mamat tu tukar pakai baju putih bersih. Apa yang buat si poyo ni ikut peraturan akhirnye pun aku tak tahu laa. Yang penting mamat tu memang banyak dapat pahala sebab dia memang menjadi topik utama anyaman ketupat kaum lelaki dan wanita dalam kursus BTN aku tu, hahahaha..
3. Kursus BTN lasak nak mampos: Tengok le korang dari kumpulan sasaran mana dan kursus berobjektif apa. Kalau yang masuk-masuk hutan sampai kena tinggal dari malam ke pagi tu, itu dah level lain dah. Ni setakat perbarisan pagi yang ado-ado, riadah ringan seperti senamrobik gaya pakcik-pakcik dan tarian poco-poco, dan jugak aktiviti kembara yang tak melibatkan korang buat rock climbing atau berenang merentasi lautan... Ha, kan ke tak lasak sangat tu? In fact, aku rasa kerugian bila attend kursus ni di waktu sarat mengandung macam ni. Aku terlepas buat ujian ketangkasan to determine my fitness age vs. my real age. Aku pun terlepas buat larian 2km yang mana masa terpantas lelaki yang kitorang rekod masa tu adelah 6 min 20 saat (giler laju siot!) dan masa terpantas wanita adelah 9 min 45 saat.. Oh ye, aku jadi pencatat masa, sebab tu aku ingat masa-masa diorang ni semua. Heheh.
4. Kursus BTN macam kursus untuk budak-budak: Mungkin la bagi depa yang pegi kem yang kena duduk satu dorm, kongsi mandi kat bilik ayaq yang ada kolah besaq dan tidoq kat katil double-decker. Aku bertuah sebab dapat berkursus kat Kem BTN KLIA, Nilai. Bilik kongsi berdua atau bertiga (dalam kes aku kongsi 3 orang). Dalam bilik ada basic facilities macam built-in cabinet & wardrobe, kitchen sink & counter, store dan yang paling penting = bilik air! Bilik airnyer besar dan selesa dan air sentiasa ada tanpa terganggu tekanannya bila semua peserta kursus mandi di waktu yang hampir sama. Kami semua dibenarkan simpan handphone masing-masing dengan syarat hanya boleh gunakan di bilik asrama saja. Kami pun boleh bawak handphone ke aktiviti tapi wajib dimatikan dan diserahkan kepada fasilitator semasa aktiviti dijalankan. Lepas abis aktiviti diorang bagi la balik handphone kita tu. Oh ye, bilik-bilik takde berkunci ye. Tapi yang magisnye, takde kes kecurian atau kehilangan pun disepanjang kursus dijalankan. Memang awesome! Makan disediakan 6 kali sehari dan lepas makan semua orang kena basuh pinggan mangkuk sendiri plus lap dan kemas meja. Heran gak bila tengok boleh pulak para lelakas buat kerja rumah basic macam ni. Bila ditanya, 'Kau kat rumah ade tolong bini basuh pinggan ke?'.. Diorang jawab dengan senyum kambing mbeeeek aje la. Ooo, masa BTN boleh buat ye. Cuba la korang praktikkan kat rumah, pasti isteri lebih sayang dan menjadi contoh baik untuk anak-anak :).
5. Kursus BTN membuang masa: Aku TAK SETUJU dengan kenyataan ni. Aku berasa sangat bertuah sebab dapat sertai kursus BTN ni. Memangla hakikatnya, aku hadir kursus sebab nak sahkan kenaikan pangkat (ahem, ahem). Tapi apa yang aku dapat balik daripada BTN ni jauh lebih daripada yang aku jangkakan. Ilmu dan pengetahuan yang diberi dan dikongsi adalah sangat modelsz dan berbaloi masa diluangkan. Aku yakin, ramai para ekstrimis politikus di negara ni sebenarnya tak pernah baca dan faham Perlembangaan Persekutuan Malaysia. Malah, banyak yang tak faham Rukun Negara pun. Ramai yang pandai cakap kosong saja. Yang pandai cakap tu pun dok quote based on ceramah politik yang didengarnya saja. Sejarah negara langsung tak tahu, tapi cakap pandai. Mereka ni la golongan hampeh yang patut attend BTN setiap tahun, pada hemat aku laa. Ngeh ngeh ngeh..
6. Kursus BTN racist: Haiz, ni lagi letih aku mendengarnye. Sila baca apa itu definisi racist dan apa itu definisi racial discrimination ikut takrif UN. Sila juga baca dan faham isi kandungan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Tak perlu la aku ungkit kisah Kontrak Sosial dan perjuangan nenek moyang kita tak kira bangsa, kaum dan agama demi kemerdekaan negara kita dulu. Kalau kita faham sejarah, kita akan sedar bahawa ketuanan Melayu di bumi Malaysia ni telah lama hilang taringnya. Walaupun bangsa Melayu ada hak istimewa, tapi kalau kita senaraikan hak-hak lain yang telah dikongsikan bersama kaum-kaum lain, ternyata senarai hak dikongsi (atau diberi) itu jauh lebih panjang dan banyak berbanding senarai hak istimewa orang Melayu yang ada pada hari ini. Realitinya, bangsa Melayu masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi, dalam pelajaran TETAPI tetap cemerlang dalam bidang samseng dan jenayah (terutamanya rasuah, chet memalukan!). Aku memandang BTN sebagai tempat bangsa Melayu menyedarkan diri sendiri agar kita tahu di takuk mana kita berada sekarang. Untuk kaum Bukan Melayu, BTN merupakan tempat di mana mereka akan dijelaskan dan disedarkan betapa bertuahnya mereka di bumi Malaysia sebagai rakyat yang masih berupaya mengekalkan bahasa, budaya dan agama masing-masing (amongst others). Kaum India mengekalkan nama negaranya sebagai India dan begitu jugak kaum Cina dengan negara China. Tapi orang Melayu dah lama hilang nama Tanah Melayu kepada Malaysia. Terpulang kepada korang nak tafsirkan. Racist atau tidak, aku tetap rasa yang BTN ni best & bagus! To tell you the truth, aku pun pernah kena treatment racist daripada orang Melayu dan Bukan Melayu. Aku tak amik port sebab itu adalah basic human instinct. Of course lah aku upset, tapi aku terima hakikat yang racism itu adalah normal. I consider racism as apart of normal human nature. Oh btw, should I mention that some of my best friends now are non-Malays? And I trust them with my heart and love them to bits! Racism exists due to racial differences in this world but it shouldn't be the reason why we should not be friends with other races ;)
7. Kursus BTN mengarut: Sapa yang buat kenyataan ni la yang paling mengarut. Ada yang kata kursus ni merepek sebab kita disuruh tengok balik kejadian-kejadian silam masa zaman kominis, pra-merdeka, kejadian 13 Mei dan sebagainya; dan depa ni rasa menda ni merepek sebab semua tu tak relevan di zaman merdeka ni. Chet. Mangkuk. Bangsa yang tak mengetahui sejarah bangsanya akan mudah diperlekehkan dan akan dijajah semula. Tak cukup-cukup lagi ke tanah air kita ni dijajah selama 499 tahun? Sila bukak balik buku sejarah dan kenali diri sebelum menempelak membuta-tuli.
8. Para Engineer, Architect & QS Takde Seni: Hahaha.. Ini rumusan am yang aku terpaksa buat dan akur based on pengalaman berkursus di BTN ni. Arkitek memang la berseni tapi seni yang aku maksudkan ni adalah dari segi nyanyian dan tulisan. Masa persembahan LDK, aku terpaksa menahan telinga aku mendengar nyanyian ala-koir tak jadi yang sumbangsihnyer mengalahkan sang kodok. Serious horrible gile suara. Sangat sumbang. Ambik key sesuka hati je. Gelak-gelak aku dengar. Nasib baik group aku dapat lagu Perajurit Tanah Air, so base key kuat dan susah nak sumbang. Pasal penulisan pulak, masa kembara bebudak ni kena tulis cerita bersambung-sambung. Start daripada kisah sorang budak kecik yang dijumpai di kampung, duduk sendirian. Ntah maca mana cerita tu boleh di twist menjadi cerita ala hantu tak hantu dan akhirnya budak tu akhirnyer didapati sakit mental. Serious lawak arangement cerita dia. So, kalau ada antara Engineer, Architect or QS yang teringin nak jadi penyanyi atau penulis, cukup la menyanyi di bilik air atau di karaoke joint dan cukupla sekadar menulis blog! =D
So, aku rasa cukup la aku membebel pasal BTN kali ni. Sorry arr, gambar BTN tak diambik langsung. Kamera tak bawak dan handphone pun tak dibenarkan dibawa bersama semasa pelaksanaan aktiviti. So, orait geng. Aku ciao dulu. See y'all in the next post alright!;D